Sunday, April 7, 2013

the fiRst Pizza

Assalamualaikum semua....
misi kali ni izan buat pizza atas cdgn kakak ipar...

resepi from here

Bahan-bahan:

500 tepung roti
1 paket yis mauripan
1 sk gula
1 sk garam
1 biji telur
1 cawan air suam
1 sb marjerin

Cara-cara:

1. Gaul rata tepung roti,yis,gula,telur dan garam.
2. Masukkan air suam dan uli hingga menjadi doh.Rehatkan doh,tutup dgn kain lembap sehingga adunan naik 2 x ganda.Lebih kurang 40minit.
3. Tumbukkan adunan untuk membuang angin di dlm doh.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki.
5. Rehatkan adunan sekali lagi.Lebih kurang 15minit.Biarkan adunan naik sedikit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan inti yang telah disediakan tadi.
7. Bakar sehingga masak lebih kurang 15minit lagi.





Bahan-bahan inti:

250 g daging hancur/daging burger - izan guna ayam dipotong kecil secukupnya
1 bawang besar -  bawang yellow
2 ulas bawang putih - xguna pun
1 biji capsicum kecil - merah n hijau
3 keping nanas - xde
1 cawan cendawan butang
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 sb minyak
3 sb cili sos
1 cawan tomato sos
garam secukupnya
.
Cara-cara:
.
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Keluarkan dan taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair.
9. Hidangkan.




Saturday, January 26, 2013

the fiRst kEk pELanGi

Bahan-bahan:

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik = 250 gm
2 cwn gula castor - kurangkan sebab yang saya buat tu manis (saya kisar gula pasir je)
5 biji putih telor 
2 sdk esen vanila
1 cawan susu segar - saya guna low fat
pewarna - saya guna oren, merah, ungu dan hijau



kalau xsalah 3 cwn tepung = 300 g , 
$ 2.50/1000g = $ 0.0025 x 300 g = $ 0.75

4 sdk baking powder ~ $ 0.40
1/2 sdk garam ~ halal
250 g butter = $ 5.00
2 cwn gula castor -
$ 2.50/1000g = $ 0.0025 x 200 g = $ 0.50

5 biji putih telor  - $ 0.40 x 5 = $ 2.00

2 sdk esen vanila ~ $ 0.20
1 cawan susu segar - saya guna low fat ~ agar $ 1.00 kot...

pewarna - 4 color x $ 0.20 ~ $ $ 0.80

so total anggaran ialah ~ $ 10.70 



Cara-cara:

1- Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter. 
2- Panaskan oven pada suhu 170C
3- Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
4- Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .



5- Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan


6- Masukkan esen vanila

7- Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
8- Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
    *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
    maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung


    Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
    *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar


    9- Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata




    10- Masukkan dalam loyang

    11- Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

    12-Bila dah masak. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan



    huhuhu... cikit kekurangan di situ... akibat salah teknik letak paper 
    sepatutnya dasar loyang je.. tapi saya x gunting paper tu.. akibatnye hujung2 kertas melekat dgn kuat 
    di hujung kek..


    ni da ok.. bile gunting paper bulat tidak melebihi dasar loyang..

    13- Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
    *Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.




    Untuk Cream Cheese Frosting


    Bahan:

    250 g cream cheese

    120 g gula aising

    120 g butter


    saya guna yang ni - TATURA CREAM CHEESE : EXTRA 20GM
    $ 8.00

    500 g gula aising = $ 2.00
    $ 2.00/ 500 g = 0.004 x 120 g = $ 0.48 ~ $ 0.50

    250 g butter = $ 5.00
    $ 5.00/ 250 g = 0.02 x 120 g = $ 2.40
    so total for cream cheese frosting is $ 10.90


    Cara-cara:
    1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
    2. Sedia untuk digunakan.








    Tips agak2 dari saya : 1- maybe cream tu kenal letak lam peti dulu lepas dicampur semua bahan agak xcair n lagi cantik n kemas bile nak tampal atas kek tu ...huhu..
    2- biar kek sejuk seketika then baru keluar kan dari loyang... takut pecah kek nanti...
    3- kalau nak kek cepat siap make sure guna byk loyang n oven kena besar punye, sumbat je semua sekaligus... huhuhu...


    conclude di sni total anggaran for the whole kek is ~$ 22.00

    resepi from here

    Monday, January 21, 2013

    tHe fiRst cReam Puff

     demi cinta ku pada dunia masakan... ala2 masterchef la pulak...
    ni beli mase first time masuk kedai kek yg jual barang2 kek... huhuhu... teruja.. teruja...

    sumber resepi


    Resepi (untuk 20 biji saiz kecil) :

    1/2 cawan butter

    1 cawan air

    1 cawan tepung gandum
    secubit garam
    4 biji telur

    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@tau

    250 ml air
    125g butter
    150g tepung- diayak
    1/4 sudu teh garam
    4 biji telur



    cara- cara :

    1) Masukkan butter dan air ke dalam periuk dengan api kecil. kacau sampai butter tuh larut.

    2)bila dah larut, masukkan tepung gandum dan garam.


    3) kacau sampai menjadi doh/ macam adunan roti.



    4) tutup api dan biar sejuk selama 5-10minit. (step ni kena ikut betul2 tau.. kalau x sejukkan n terus masukkan telur.. nanti telur akan masak n ber ketul2 putih terhasil = pengalaman ku)

    5) masuk telur satu persatu, dan kacau sampai sebati. (tak perlu letak atas api)


    6) masukkan adunan dalam piping bag dan pipe kan atas aluminium foil yang disapu butter.






    7) bakar dengan suhu 200 C selama 15minit- 25minit. Nampak x tompok2 air tu... ni aku ikut tips kat blog ni... katenye  sebelum bakar "spray dengan air..ni nak bagi puff tu kembang elok je."

    8) bila sudah masak, biar kan sejuk selama setengah jam sebelum masukkan custard.



    inilah dia the first cream puff ku... 'comel sgt kan'


    sumber resepi custard cream

    Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

    1 sudu besar tepung
    1 sudu besar tepung jagung
    4 sudu besar gula
    200cc(1 cup) susu segar
    1 biji telur (L size)
    1 sudu besar mentega

    Cara-cara

    Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
    Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
    Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
    Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
    ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.